:: Portal JAKIM ::

MUFTI NEGERI - Terengganu
 
   

Ucapan SS al- Mufti
Sejarah KeMuftian Negeri
  - AJK Fatwa Negeri
  - Mufti Terkini
Strategi Jabatan
  - Aktiviti Bahagian
  - Perkhidmatan
  - Piagam Pelanggan
e-Fatwa
  - Kemusykilan 1
  - Kemusykilan 2
Hiwar @ Perbincangan
  - Peristiwa Tahun Hijri
  - Kesetian
  - Hadith solat tarawih...?
  - Sepuluh Zulhijjah
  - Ego
  - Persediaan Ramadhan
  - Sepuluh adab puasa
Enakmen Negeri
Forum Diskusi
 
Ucapan SS al- Mufti
Assalamualaikum
Semoga Allah swt memberikan hidayah dan taufiqNya untuk semua.
Perkembangan sains dan teknologi di zaman ini memberikan ruang yang lebih besar untuk ummat Islam bagi menyebarkan da'wah Islam kepada manusia sejagat.
Contoh teladan yang dilakukan oleh Rasulullah saw sepanjang kehidupan Baginda menjadi Rasul di dalam menyebarkan ajaran Islam perlu dihayati dan diamalkan. Konsep kesabaran, lemah-lembut di dalam da'wah dan tutur-kata, berdo'a memohon hidayat Allah, tekun, toleransi dan sebagainya adalah perlu di dalam pembinaan keperibadian seorang da'ie yang bercontohkan Rasulullah saw. .
Ajaran Islam dewasa ini banyak disalah-tafsir oleh golongan tertentu yang tidak memahami Islam secara mendalam.
Maka dalam keadaan ini, pelbagai peranan boleh dilaksanakan oleh penda'wah Islam terutama melalui kemudahan moden seperti internet yang fungsinya bukan sahaja terhad kepada orang Islam malahan kepada bukan Islam.
Banyak isu-isu mengenai Islam telah disalah-ertikan oleh pembina-pembina web yang sengaja ingin mengelirukan ajaran sebenar Islam sehingga ada di kalangan orang Islam yang kurang kefahamanya terhadap agama ini menjadi sangsi terhadap ajaran Islam yang sebenar.
Dengan terbinanya laman web Jabatan Mufti Terengganu ini dan dengan kerjasama pihak JAKIM diharap dapat memberikan manafaat kepada seluruh pengguna di dalam mendalami ajaran Islam dan mengenalinya secara sebenar.
Terima kasih di atas segala keperihatinan semua, semoga Allah swt memberikan rahmatNya kepada kita semua.

"Islam Hadhari Terengganu Bestari"
"Berkhidmat Untuk Agama dan Negara"
 
 
 
Jab. Mufti N. Terengganu, Tingkat 1, Kompleks Seri Iman,
Kuala Terengganu 21100
Terengganu
Tel : 09-6252525 ext. | Fax : 09-6235411
Email : mufti_terengganu@hotmail.com